Fire Danger Rating System (FDRS)
Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Sumber Asli & Kelestarian Alam
FDRS - Malaysia Observation Data
Please select to query
FDRS Information
FDRS adalah sistem yang memantau risiko kebakaran hutan/tumbuhan dan membekalkan maklumat tersebut dalam pengurusan kebakaran. Produk-produk FDRS boleh digunapakai sebagai panduan untuk menjangka kelakuan/sifat api kebakaran bagi pembuat-pembuat polisi dalam mewujudkan tindakan untuk melindungi nyawa, alam sekitar dan harta-benda. Pada tahun 1997/98, kebakaran hutan luas di sebuah negara ASEAN telah menyebabkan kejadian jerebu yang menyeluruh di rantau Asia Tenggara. Kejadian ini telah memberi kesan kepada industri pelancongan, kesihatan penduduk dan alam sekitar dengan jumlah kerugian yang dianggarkan sebanyak 9 billion USD. Akibat dari bencana alam ini, Menteri-menteri alam sekitar dari rantau Asia Tenggara telah memulakan Pelan Tindakan Jerebu Serantau. Sebagai sebahagian daripada pelan tindakan ini, satu sistem pemantauan dan kebakaran hutan serta tumbuhan harus dibangun dan dilaksanakan. Diadaptasi daripada Sistem Penarafan Bahaya Kebakaran Hutan Kanada ‘Canadian Forest Fire Danger Rating System (FDRS)’ kemudiannya telah dibangun dan dilaksanakan. Pada peringkat awalnya FDRS untuk Asia Tenggara dijana harian oleh Perkhidmatan Perhutanan Kanada ‘Canadian Forest Servis (CFS)’. Namun begitu, tanggungjawab ini telah diserahkan kapada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Meteorologi pada masa itu. Bermula dari pertengahan September 2003 MetMalaysia telah menghasilkan produk-produk harian FDRS berterusan hingga sekarang.
National Climate Centre
Malaysian Meteorological Department
Jalan Sultan, Petaling Jaya, Selangor
Tel: (+603)7687800 | Fax: (+603)79550964 | Hotline: 1-300-22-1638
© MET Malaysia, All rights reserved